Blogger Widgets
ようこそ俺のウェブサイトに来てくれてありがとう

Miyavi Berkolaborasi Dengan Kreba Untuk MV “Strong”! Ganas!


Pasti ramai yang tidak tahu siapa Miyavi kan? Miyavi, 30, atau nama sebenarnya Takamasa Ishihara adalah gitaris visual-kei dari Jepun dan berdarah campuran Korea-Jepun.
Bekas ahli kumpulan Due Le Quartz ini adalah antara gitaris paling berjaya di Jepun dan mula mencipta nama sejak berumur 17 tahun lagi. Pada tahun 2006, dia secara rasmi menganggotai kumpulan S.K.I.N yang terdiri dari lagenda pemuzik Jepun iaitu, Yoshiki (X-Japan), Gackt (Malice Mizer) dan juga Sugizo.
Namun begitu, selepas kemunculan pertama S.K.I.N di California, yang disifatkan sebagai “konsert rock jepun sepanjang abad”, mereka kembali mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu.
Miyavi yang mempunyai perawakan yang sempoi dan kacak ini tetap terus menyinar dengan album-album solonya dan baru-baru ini, Miyavi telah berkolaborasi bersama rappers iaitu Kreba untuk lagu bertajuk “Strong”.
MV “Strong” yang baru sahaja dimasukkan ke youtube, telah mencapai 200ribu penonton dan ini adalah satu respon yang mengujakan. Kami sendiri sedikit ternganga ketika menyaksikan persembahan akustik mereka berdua ini.
Kepada gitaris-gitaris tempatan, anda pasti ingin melihat video teaser acoustic battle version untuk lagu “Strong” selepas ini! Enjoice!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar